GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Kekalkan Takhta Dua Tahun Berturut, Pok Ro Bawa Pulang Trofi ‘Digital Creator (E-Sports) Tergempak 2024’

Mya Amri 23/02/2025 | 13:36 MYT
Pemain E-sports popular iaitu Pok Ro sekali lagi berjaya memenangi kategori ‘Digital Creator (E-sports) Tergempak’ Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
Kemenangan dengan undian 40 peratus tersebut sekali gus menewaskan empat calon lain iaitu Kambing Golek, King Yonnyz, Thanuk Nukk dan Zulfikar Obot.
Anak kelahiran Terengganu ini merupakan antara gamers yang disukai ramai kerana gelagat lucunya ketika bermain game dan sering melayan para peminat.
Malah para peminatnya juga turut menyifatkan Pok Ro sebagai seorang gamers yang amat disenangi dan juga sporting.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.
#Gamers #Pok Ro #GMWA24