Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Konten Masakan Tetap Jadi Pujaan, Gelaran Digital Content Creator (Foodie) Tergempak Milik Khairul Aming

Khairil Khusyairi 23/02/2025 | 14:15 MYT
Pempengaruh Khairul Aming dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad dengan 65.09 peratus undian.
Memang tidak disangkal lagi, kehebatan seorang figura Khairul Aming masih tetap utuh biarpun ramai pempengaruh masakan atau foodie mula mendapat tempat di media sosial.
Khairul Aming yang juga seorang usahawan terkemuka itu berjaya menambat hati peminat dengan video-video masakan yang berkualiti tinggi.
Khairul Aming menewaskan empat pencabar lain iaitu Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, dan Syiqin Azrin.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.
#Pempengaruh #Gempak Most Wanted Awards 2024 #GMWA24 #Digital Creator (Foodie) Tergempak