Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Konten 'Melaram' Sofea Shra Paling On Point! Rangkul Trofi Digital Creator (Beauty & Fashion)Tergempak

Umirah Halim 23/02/2025 | 14:19 MYT

Menyajikan konten kreatif dari TikTok & Instagram, personaliti media sosial Sofea Shra memperolehi kutipan undian 35.23 peratus sekali gus memenangi kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2024.

Sofea Shra menewaskan finalis Top 5 terkenal lain seperti Agy, Hawa Johanis, Malia dan Yanna Hassan.

Nama Sofea mula melonjak naik di media sosial TikTok selepas memaparkan dirinya mencipta pelbagai kandungan kreatif merangkumi bidang kecantikan dan fesyen.

Dengan lebih daripada 800,000 pengikut di TikTok dan 400,000 pengikut di Instagram nama Sofea sudah tidak asing lagi di platform maya.

Ketika ini, Sofea Shra sedang aktif menghasilkan konten siri ‘Eid Just Got Better’ yang menawarkan tips dan tutorial berkaitan fesyen buat para gadis sewaktu perayaan Syawal.

Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.
#Awards #Sofea #GMWA24 #gempak' #shra