GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Lebih Berwarna Dengan Sentuhan Seni Fritilldea
Artis vizual tempatan, Fritilldea meluahkan rasa teruja apabila dapat berkolaborasi bersama dengan Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024).
Kata Fritilldea atau nama sebenarnya Mohd Anuar dia sangat teruja untuk menghasilkan karya seni buat GMWA 2024 kerana ia merupakan kolaborasi pertamanya bersama dengan acara berprestij seperti ini.
“Saya sangat teruja sebenarnya dan tak sabar sebab ini adalah pertama kali Gempak memilih tema seperti ini sebab kita tahu sebelum ini Gempak sudah ada beberapa tema lain untuk tahun-tahun sebelum ini jadi saya sangat teruja dan berikan seni yang terbaik untuk tema ini,”
“Sebab kita boleh nampak kehadiran semua nominees itu nanti jadi saya akan kekalkan identiti saya iaitu colourful serta lukisan doodles, jadi ia akan jadi sangat meriah,” katanya.
Selain merialisasikan tema Flex Your Art yang dibawakan oleh GMWA 2024, kolaborasi ini juga merupakan medium untuk memperkenalkan hasil seni anak tempatan kepada semua.
Pada masa sama, Fritilldea juga mengingatkan kepada semua hadirin yang bakal hadir ke malam kemuncak GMWA 2024 dengan penuh kreatif serta berwarna-warni.
“Untuk selebriti dan calon-calon yang akan menghadiri Gempak Most Wanted Awards ini, jangan lupa untuk pakai your most colourful outfit supaya anda semua boleh blend ini yang akan ada pada tahun ini,” ujarnya.
Sekadar info, Fritilldea sudah berkecimpun dalam bidang seni vizual selama 20 tahun dan pernah menjalankan kolaborasi bersama beberapa jenama besar seperti Balenciaga, Mercedes Benz, Ikea, Red Bull, JD Sports, jrNBA, Kiehls, Vespa, Obey, Vans, Adidas, dan Onitsuka Japan.
Fritilldea juga pernah membuat mural untuk sekolah, restoran bars dan di kawasan komuniti.
Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Pentas GMWA 2024 juga akan diwarnai dengan persembahan hebat daripada Hujan, Diskoria dan Datuk Shiela Majid.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari. Mengekalkan format yang sama, pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 kelak.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video