GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Pertama Kali Julang Anugerah, Sterk Production Bakal Hadiahkan Pakaian Kepada Penyokong Secara Percuma!
Salah seorang ahli Sterk Production, Farhan Mazlan berkongsi bahawa dia dan ahli kumpulan yang lain akan memberikan pakaian yang mereka sarung sewaktu di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024) secara percuma kepada pengundi mereka.
Farhan yang menyarung jaket bersimbolkan nama ‘Sterk’ pada bahagian belakang itu berkongsi bahawa pakaian itu direka khas bagi menonjolkan lagi nama kumpulannya agar lebih dikenali ramai.
“Design saya bagi idea sendiri, designer saya yang hasilkan semua ini. Mungkin orang di luar sana ada yang tak tahu siapa Sterk. Jadi, inilah nametag kami. Proses nak buat baju ini tak lama, ambil masa satu minggu sahaja.
“Kalau kami menang, baju-baju ini semua kami akan bagi secara percuma kepada pengundi dan peminat kami semua.
“Kalau tak menang kami akan jual semua baju ini satu RM5,000,” kata mereka sewaktu di karpet merah anugerah tersebut.
Pada masa sama, bersempena dengan kemenangan di GMWA 2024, Sterk Production berjanji akan memberikan pengikut mereka vlog perjalanan mereka ke majlis anugerah tersebut.
Sterk Production yang popular dengan kandungan seperti sketsa lawak, vlog dan podcast itu dianggotai oleh Farhan Mazlan, Rashdan Samsudin, Harith Zazman, Fikri Latif , Adib Alexx dan Mirol Sabirin.
Terdahulu, Sterk Production telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Program Digital Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024).
Kemenangan ini diraih menerusi PodcastSTERK: Keputusan SPM 7G, yang menerima undian sebanyak 32.6 peratus, mengalahkan beberapa program podcast lain seperti Confession Bilik Gelap - Aina Abdul (Syok), Dol’s Podcast Ep 5 Part 3 (Shuib Channel), Seram Selebriti - Fadhli Masoot (Ashhrapp Channel) dan Sembang Seram - Janna Nick (Safawi Nazri).
Menariknya, kategori Program Digital Tergempak ini pertama kali dipertandingkan dalam Gempak Most Wanted Awards 2024, menjadikan kemenangan Sterk Production lebih bermakna.
Must-Watch Video