Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: #SterkNaikStage Jadi Realiti, Menang Program Digital Tergempak 2024

Ainun 23/02/2025 | 13:23 MYT

Pencipta kandungan terkenal, Sterk Production, berjaya membawa pulang trofi Program Digital Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

Kemenangan ini diraih menerusi PodcastSTERK: Keputusan SPM 7G, yang menerima undian sebanyak 32.6 peratus, mengalahkan beberapa program podcast lain seperti Confession Bilik Gelap - Aina Abdul (Syok), Dol’s Podcast Ep 5 Part 3 (Shuib Channel), Seram Selebriti - Fadhli Masoot (Ashhrapp Channel) dan Sembang Seram - Janna Nick (Safawi Nazri).

Menariknya, kategori Program Digital Tergempak ini pertama kali dipertandingkan dalam Gempak Most Wanted Awards 2024, menjadikan kemenangan Sterk Production lebih bermakna.

Podcast ini membincangkan topik hangat mengenai keputusan SPM 7G, yang pernah tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

PodcastSTERK: Keputusan SPM 7G juga berjaya meraih sebanyak 68,000 tontonan di YouTube, membuktikan popularitinya dalam kalangan penonton digital.

#GMWA24 #GempakMostWantedAward2024 #Sterk Production #Program Digital Tergempak