Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Go Shop Meraikan Ibu & Bapa Melalui Kempen Parents’ Day

Amri Hassan
27/04/2023 18:26 MYT
Bersempena dengan Hari Ibu dan Bapa (Parents’ Day), Go Shop, platform beli-belah dan e-dagang barangan rumah Astro Malaysia telah melancarkan kempen Parents’ Day yang akan berlangsung sehingga 18 Jun 2023 untuk para pelanggan menikmati diskaun hebat dan penghantaran percuma. Kempen ini bertujuan memberi peluang kepada semua untuk menghargai para ibu bapa atas kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga, dengan hadiah istimewa khusus untuk ibu bapa daripada Go Shop.

Sempena kempen ini, Go Shop menawarkan diskaun dan promosi istimewa untuk pelbagai pilihan produk yang berbaloi. Antara produk yang ditawarkan termasuk barang kemas dan produk kesihatan dari jenama Ogawa, Gintell, Cheongdam, Sothys, BiO-LiFE, Thomson, Biogreen, Kinohimitsu, Tomei dan banyak lagi.

Pelanggan boleh menikmati penggunaan kod promosi* LOVE12, LOVE35 atau LOVE60 tanpa had untuk mendapatkan potongan sehingga RM60 bagi pembelian mereka, serta penghantaran percuma di seluruh Malaysia. Selain itu, pelanggan yang membeli-belah melalui aplikasi Go Shop boleh menikmati potongan sebanyak RM25 mulai 16 Mei hingga 18 Mei dengan perbelanjaan minimum RM200.

Bukan itu sahaja, Go Shop turut menyiarkan program eksklusif Geng Ayah Bonda di Astro Saluran 118 setiap hari Isnin, Rabu dan Ahad pada pukul 11 pagi untuk memaparkan produk-produk terlaris dan baharu daripada kempen ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen in dan lebih banyak tawaran menarik, sila layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. Jangan lupa untuk menonton saluran Go Shop di Astro saluran 111 dan saluran 118.

*Pelanggan boleh menggunakan kod promo – LOVE12 untuk menikmati diskaun RM12 dengan perbelanjaan minimum RM150, LOVE35 untuk menikmati diskaun RM35 dengan perbelanjaan minimum RM350 dan LOVE60 untuk menikmati diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum RM500.
#Go Shop #Kempen #Promosi #Sale #Parents' Day
;