
Bagi menjawab persoalan itu, syarikat talaan yang berpangkalan di Netherlands iaitu
Classic Youngtimers Consultancy membangunkan sebuah GT-R khas untuk pemanduan off-road yang digelar sebagai
Godzilla 2.0.
Ia dilengkapi dengan
sistem suspensi kustom dengan ketinggian tambahan sebanyak 12cm, manakala tayar asal digantikan dengan tayar off-road yang lebih besar. Gerbang roda juga diubahsuai bagi memastikan tayar terbabit muat.

Sementara itu, rak bumbung membolehkan jentera ini membawa tayar simpanan, manakala
bar lampu LED yang terletak di atas bumbung dan lampu tambahan pada bampar hadapan memastikan pemandu mendapat cahaya yang secukupnya untuk beraksi pada waktu malam.

Kuasa datang daripada
enjin 3.8-liter V6 twin-turbo yang ditala bagi menghasilkan lebih
600hp. Menurut Classic Youngtimers Consultancy, kuasa tersebut lebih tinggi berbanding GT-R Nismo yang boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 2.5 saat. Bagaimanapun, dengan tayar off-road dan berat tambahan daripada rak bumbung, Godzilla 2.0 mungkin tidak selaju versi Nismo itu.

Walaupun begitu, ia masih sebuah jentera yang unik dan lebih menarik lagi, ia boleh menjadi milik sesiapa sahaja sekiranya mereka sudi mengeluarkan belanja sebanyak €95,000 (
RM457,645).