Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Gol Ajaib Faiz Subri Top 3 Puskas Award, Ketepikan Neymar & Messi

Fiza Kamarudin 03/01/2017 | 05:29 MYT

Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri kini berada di 'top 3' Puskas Award yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Dua pemain lain yang turut tersenarai bersama Mohd Faiz ialah pemain dari Brazil, Marlone atau Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain bola sepak wanita Daniuska Rodríguez dari Venezuela.

Pengumuman finalis tersebut menyaksikan Mohd Faiz berjaya mengetepikan calon-calon bintang bola sepak lain pada pusingan awal termasuk Lionel Messi dan juga Neymar.

'Gol ajaib' Faiz menjadi perhatian dan disebut sebagai ‘world class goal’ apabila sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang, ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari tahun lalu.
Jaringan penyerang skuad Harimau Kumbang tersebut juga dikaitkan dengan sepakan percuma Roberto Carlos yang mendapat perhatian dunia ketika perlawanan persahabatan antara Brazil dan Perancis pada tahun 1997.
Undian untuk tiga gol terbaik Puskas FIFA boleh dilakukan sehingga 8 Januari ini sebelum pemenang diumumkan pada pada majlis Anugerah Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017.
Jom rakyat Malaysia... kita memberi sokongan kepada Mohd Faiz dan mengundi di sini.

#Viral #Faiz Subri #Puskas Award #Viral
;