Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

Muhammad Firdaus
26/06/2024 08:25 MYT
Walaupun baru sahaja trailer dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Gold.

Filem aksi sukan arahan Adrian Teh yang menampilkan Farid Kamil, Wan Raja, Yasmin Hani serta beberapa barisan pelakon muka baharu seperti Jack Tan dan Lynn Lim sebagai watak utama membuatkan ramai berasa teruja.

Masih belum bersiaran, ada yang menyifatkan Gold sebagai salah satu filem yang wajib tonton kerana latar belakangnya yang menginspirasikan.

Antara komen yang diterima:



Saksikan trailer filem Gold:



Sinopsis:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.

Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.
#Filem #Astro Shaw #Gold #GoForGold #MYGoldMovie