Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#Gold: “Kalau Tak Suka Saya Pulangkan Balik Duit” - Adrian Teh

Mya Amri
14/07/2024 03:15 MYT
Pengarah filem Gold, Adrian Teh memberi jaminan akan mengembalikan semula wang sekiranya ada penonton yang tidak berpuas hati dengan naskhah tersebut.

Money back guarantee

Adrian berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di Instagram bersama Astro Gempak baru-baru ini.

Menurut Adrian, dia percaya filem itu akan berjaya menambat hati para peminat filem di Malaysia.

“Saya yakin kalau semua sudi bagi peluang, masuk panggung dan tengok, saya yakin korang akan suka. Money back guarantee,” ujarnya.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

A post shared by GSC ? (@gscinemas)

BERITA TRENDING:#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

BERITA TRENDING:#Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."

BERITA TRENDING:#Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton

BERITA TRENDING:#Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!

Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.

Sinopsis Gold:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.

Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam seluruh Malaysia sekarang.

#Filem #Adrian Teh #Gold