Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Golden Globes 2021: The Crown Menang Besar, Ini Senarai Penuh Semua Pemenang

Amri Hassan
01/03/2021 10:59 MYT
Drama bersiri The Crown yang ditayangkan di saluran penstriman popular Netflix diangkat sebagai drama televisyen terbaik di acara berprestij Golden Globes ke-78 yang berlangsung secara maya dan dipancarkan dari The Beverly Hilton, Beverly Hills pada Isnin.

The Crown memenangi empat kategori utama termasuk Siri TV Drama Terbaik, Aktres Siri TV Drama Terbaik (Emma Corrin), Aktres Siri TV Drama Terbaik (Josh O'Connor), dan Aktres Pembantu TV Terbaik (Gillian Anderson).

Manakala, filem Nomadland dan Borat Subsequent Moviefilm mengungguli kemenangan kategori filem.

Nomadland menang menerusi Filem Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik (Chloé Zhao), manakala Borat Subsequent Moviefilm membawa pulang trofi Filem Muzikal/Komedi Terbaik dan Aktor Filem Muzikal/Komedi Terbaik (Sacha Baron Cohen).

Sejarah juga tercipta buat Zhao apabila menjadi pengarah wanita pertama memenangi trofi Pengarah Terbaik sejak 1984. Kategori itu kali terakhir dimenangi Barbara Streisand menerusi Yentl pada tahun terbabit.

Dihoskan Tina Fey dan Amy Poehler, anugerah itu dilangsungkan lewat dua bulan daripada tarikh kebiasaan pada Januari. Kemeriahannya juga jelas kurang terasa apabila hanya dihadiri calon secara maya.

Dua hos terbabit juga mengacarakannya secara berasingan di mana Fey berada Rainbow Room, New York, manakala Poehler dari Hotel Beverly Hilton. Penonton yang cuma dibenarkan berada di lokasi adalah barisan hadapan dan pekerja berkepentingan.

Senarai penuh pemenang Golden Globes 2021
;