Laman Utama
“Golongan Yang Patut Korang Block Secara Berjemaah Time Ni...Anti Vaksin!” – Redza Minhat
Pelakon Redza Minhat meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang menolak vaksin ketika pandemik Covid-19 sedang memuncak.
Redza turut menganggap anti vaksin sebagai toksik dan sia-sia melayan golongan ini kerana sudah hampir dua tahun negara berdepan pandemik, pelbagai informasi telah disalurkan kepada orang ramai.
“Golongan yang patut korang block secara berjemaah ketika pandemik sedang memuncak sekarang ini ialah anti vaksin.
“Tidak perlu fikir dua kali, kumpulkan mereka dan pulaukan! Sudah hampir dua tahun maklumat mengenai vaksin ada di merata-rata tempat.
“Jangan buang masa dengan melayan toksik,” katanya.
Tambah Redza lagi lebih menyedihkan apabila golongan anti vaksin ini mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan.
“Yang paling teruk, ada anti vaksin yang mengambil peluang mengaut keuntungan dengan menjual produk-produk tidak berguna yang hanya akan dibeli oleh monyet! Jadi…block!
“Kekal sihat dan mendapatkan vaksin bukanlah dikotomi. Kedua-duanya berkait rapat. Anak saya yang berusia sembilan tahun pun faham…
“Jadi, apa masalah korang semua? Dah nak masuk dua tahun pun tak boleh nak masukkan bend ani dalam kepala ke?” katanya kesal.
Selain itu Redza turut menyelar individu yang mendakwa vaksin kurang efektif berbanding produk kesihatan yang dijual.
“Ada pula yang mengatakan vaccine is not as effective unless makan makanan sihat yang dijual. Ada pula tak faham herd immunity and what endemic means - and now hh jadi sarang antivaxx sambil membenci liberals. Gila.
“Penyelidik dan doktor mendedikasikan seluruh hidup mereka untuk mengumpulkan data, ujian makmal mengenai vaksin tapi anda tak habis belajar cuba menjual ubat dan makanan kesihatan yang kononnya dapat menyembuhkan Covid-19. Gila,” katanya menerusi beberapa ciapan di laman sosial Twitter.