Baru-baru ini, pelakon yang memegang watak Goblin, Gong Yoo mendedahkan hasratnya untuk membintangi Goblin Musim 2 jika dia menerima peluang tersebut.

Ketika ditanya sama ada dia akan berminat untuk terlibat dalam penggambaran Goblin Musim 2 jika ia akan dihasilkan, dia menjawab bahawa tidak ada sebab untuk dia tidak mengambilnya.

“Saya berharap penantian yang lama akan menjadi drama yang dicintai oleh ramai orang,” kata Gong Yoo.

Drama lakonan Gong Yoo, Kim Go-eun, Lee Dong-wook, Yoo In-na, Yook Sung-Jae ini turut mencipta fenomena fesyen tersendiri apabila pakaian yang digayakan watak menjadi ikutan peminat fesyen.

Goblin telah berjaya menarik perhatian ramai dengan elemen romantik, mistik, drama dan komedi yang jarang ditonjolkan dalam kebanyakan K-Drama lain.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Koreaboo