"Good Night Gang Masjid Abah.." - Nubhan Selamat Timang Bayi Lelaki
Kamaruddin Razal
21/01/2019 12:00 MYT
21/01/2019 12:00 MYT
Penyanyi Nubhan Ahamad selamat menimang cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu.
Dia berkongsi berita gembira terbabit menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
"Susah juga nak introduce Cik Mad ke kakak dia si Cik Piya ni... Dia buat dek je... Haha...
"Alhamdulillah anak kedua kami telah selamat dilahirkan secara normal jam 2.05 pagi tadi (19.1.19) berat 3.4kg di KPJ Seremban.
"Nama belum ada lagi. Kami gelar Cik Mad dulu sebab namanya akan ada pangkal Ahmad.
"Yang penting ibu dan anak sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulis Nubhan.
Dalam pada itu, Nubhan juga turut berkongsi foto dirinya bersama anak keduanya dengan kapsyen, "Good night gang masjid abah."
Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun.