Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta, Penganjur Cari Kaedah Terbaik Untuk Bayar Ganti Rugi - “Kami Mohon Maaf Kepada…”

Asyikin Mayudin
22/07/2023 08:25 MYT
Penganjuran konsert Good Vibes Festival 2023 yang sepatutnya berbaki lagi dua hari (hari ini sehingga esok) dibatalkan serta merta susulan tindakan biadab kumpulan The 1975.

Pihak penganjur menerusi platform media sosial mereka berkongsi kenyataan rasmi berhubung ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket ke acara festival itu.

"Kami memohon maaf kepada pemegang tiket, penyewa tapak, penaja dan rakan-rakan kongsi. Kami sedar, anda sudah mencurahkan segala masa, tenaga dan kerja keras untuk menjayakan festival ini dan kami menghargainya.

"Kami akan kongsikan mekanisme pembayaran balik secepat mungkin. Kami hargai sokongan anda dalam situasi meruncing seperti sekarang," tulisnya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan mengenai pembatalan itu selepas perbincangan dilakukan antara pihak kementerian dengan penganjur, Future Sound Asia.

Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Meski berhadapan dengan kontroversi tersebut, penganjur menerusi siaran media yang dikeluarkan menjelaskan Good Vibes Festival 2023 akan diteruskan seperti biasa iaitu berakhir esok (Ahad).

ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi Fadzil Arahkan Batal Serta Merta Baki 2 Hari Good Vibes Festival 2023 - “Saya Juga Menggesa Penganjur Untuk…

#The 1975 #Good Vibes Festival 2023 #Matty
;