"Goodbye Haters!" - Sweetnya...Risteena Munim Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Isa Khan

Asraf Aided
Januari 21, 2020 04:55 MYT
Pelakon Risteena Munim berkongsi sepotong video menunjukkan momen manis bersama tunangnya, Isa Khan.
Video itu dikongsi Risteena menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.
Dalam video itu, Risteena kelihatan gembira menari serta didukung oleh Isa.
"Terima kasih kerana menyayangi saya dalam sejuta cara dan ya, selamat tinggal haters!" tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Risteena di ruangan komen.
Gembira melihat kebahagiaan Risteena dan Isa, rata-rata mereka meminta pasangan ini melangsungkan perkahwinan dengan cepat.
Terdahulu, Risteena dan Isa telah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November 2019.
Perkara itu diumumkan mereka dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.
#Isa Khan #Risteena