gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Awie Terkilan, Nama Dipetik Serang Shila Amzah - "Siapa Yang Terlajak Itu Cepat-Cepat.."
HIBURAN
Seronok Dengar Cerita Rakan Artis Dah Berkeluarga, Hun Haqeem Luah Rasa Nak Kahwin - “Itu Satu Perkara Yang…”
HIBURAN
Ammar Ahyyan Tak Dibayar Gaji Daripada Aliff Syukri Tapi…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia Jun Ini, Tempahan Sudah Mula Dibuka

Azwa Rahman
Azwa Rahman
14/01/2021
11:00 MYT
Sponsor Banner
Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia Jun Ini, Tempahan Sudah Mula Dibuka
Cef selebriti popular British Gordon Ramsay dijangka akan membuka restorannya yang pertama di Malaysia pada bulan Jun tahun ini.
Restoran milik cef yang terkenal dengan siri Hell’s Kitchen dan Masterchef US itu akan berada di Sunway Resort, Selangor.
Memetik laporan The Star, restoran yang diberi nama Gordon Ramsay Bar & Grill itu ditempatkan di bahagian lobi Sunway Resort mengadap pemandangan indah Sunway Lagoon.
“Restoran ini menawarkan pelbagai menu daripada snek hingga menu signature Ramsay, Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding,” kata Sunway Resort menerusi laman sesawang mereka.
Meninjau laman sosial Twitter, wargamaya teruja dan tidak sabar untuk mengunjungi restoran milik cef yang cepat marah dan terkenal dengan kata-kata makian yang lucu.
“Nanti boleh tak buat Hell’s Kitchen Malaysia? Mesti best tonton secara langsung,” kata seorang wargamaya.
“Mohon Gordon turun masa hari pembukaan restoran ni nanti dan belajar beberapa perkataan mencarut orang Malaysia,” usik seorang wargamaya lagi.
Restoran tersebut sudah membuka tempahan untuk peminat gastronomi merasai pengalaman masakan cef handal itu.
Selain Malaysia, Ramsay berjaya membuka banyak restoran bertaraf Michelin Star antaranya di Perancis, Amerika Syarikat, Doha, United Kingdom, Afrika Utara, Hong Kong, Dubai, Jepun dan Itali.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Gordon Ramsay
#Sunway Resort
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement