Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Gordon Ramsay Kritik Masakan Jin BTS Kerana Nampak Seperti Cacing

Rozaimi Zubaidi 21/02/2017 | 13:05 MYT
Anggota kumpulan BTS, Jin dikritik selepas memuat naik foto masakannya di akaun Instagram (IG).
Masakan Jin telah dikritik oleh chef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay yang berpendapat hidangan tersebut tidak menarik dan kelihatan seperti cacing.
Foto tersebut menarik perhatian Ramsay selepas seorang peminat meminta juri Masterchef itu memberi komen terhadap hidangan dipanggil Jajangmyeon yang dimasak Jin.
Gordon bagaimanapun telah memberi komen pedas dengan menulis; "Masakan tersebut kelihatan amat teruk kerana telur itu terlalu masak dan ianya dihidangkan bersama cacing. Terima Kasih."
Sementara itu para peminat terus memberikan semangat kepadanya dan meminta supaya Jin tidak berputus asa serta memperbaiki masakannya.
#BTS #Jin BTS
;