Gordon Ramsey, Jamie Oliver Luah Kedukaan Atas Kematian Hos MasterChef Australia Jock Zonfrillo
Maliah Surip
02/05/2023 02:47 MYT
02/05/2023 02:47 MYT
Hos terkenal MasterChef Australia, Jock Zonfrillo dilaporkan meninggal dunia pada pada malam sebelum musim baharu program realiti masakan tersebut ditayangkan.
Zonfrillo meninggal dunia di Melbourne pada usia 46 tahun, tulis kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada stesen televisyen Network 10.
Bagaimanapun punca kematian chef yang mula menjadi keluarga MasterChef Australia tersebut tidak didedahkan.
Susulan kematiannya, pihak Network 10 memutuskan untuk menunda tayangan episod pertama musim baharu program rersebut yang turut disertai oleh chef selebriti terkenal dari British, Jamie Oliver yang bertindak sebagai juri.
Oliver malah melahirkan rasa terkejut dan belasungkawanya menerusi catatan yang ditulis di Facebook miliknya.
“Kami melalui momen yang indah saat bekerjasama dalam musim terbaharu program ini. Dia seorang yang sangat pemurah, komitmen dan semangatnya dalam MasterChef Australia membuat saya rasa sangat bersyukur.
“Anda akan sangat dirindui. Saya tidak percaya sedang menulis ini,” kenangnya seperti dilaporkan CNN.
Sementara itu chef tersohor dunia, Gordon Ramsey pula menyifatkan berita kematian Zonfrillo sebagai sangat mendukacitakan.
“Saya benar-benar menikmati masa yang telah dihabiskan bersamanya sepanjang berada di MasterChef Australia. Saya menyampaikan belasungkawa kepada seluruh ahli keluarganya,” cuit Ramsey di Twitter.
Tahun lalu Zonfrillo telah merilis buku yang berjudul Last Shot dan mendedahkan bagaimana dia pernah berhadapan dengan masalah kecanduan terhadap dadah yang teruk pada zaman remaja dan susah payahnya mengimbangi kehidupan sebagai seorang chef.