Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Gorgeous!” – Netizen Puji Penampilan Yuna Di Acara New York Fashion Week

Shahrin Zulkifle 15/09/2022 | 09:00 MYT
Penampilan penyanyi Yuna Zarai ketika acara fesyen terkemuka, New York Fashion Week (NYFW) baru-baru ini mendapat pujian wargamaya.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai hadir ke acara tersebut bagi menyokong jenama fesyen terkenal, Prabal Gurung bagi koleksi Musim Bunga 2023.

Penyanyi itu hadir ke acara NYFW dengan mengayakan busana daripada jenama berkenaan yang bewarna rona biru cair dan hijau sekaligus menyerlahkan aura dirinya sebagai seorang penyanyi antarabangsa.

Sementara itu, Yuna turut berkongsi beberapa foto lain ketika di acara tersebut buat tontonan pengikut Instagramnya.

“Terima kasih kerana mengundang saya @prabalgurung. Tahniah atas koleksi yang cantik,” tulisnya pada kapsyen

A post shared by Y U N A (@yuna)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji imej pelantun lagu Terukir Di Bintang itu.

#Yuna #New York Fashion Week
;