Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gosip Berkahwin Dengan Annuar Musa, Nora Ariffin; "Aduhai, Saya Masih Lagi ..."

Amri Hassan
29/04/2021 04:55 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil menjawab khabar angin yang mengatakan dirinya sudah berkahwin dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang tular di Twitter sejak Rabu.

BACA: Tular Dakwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara!

Menafikan dakwaan tersebut, tegas pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu, dia masih solo dan keliru apabila cerita berkenaan ditularkan.

"Aduhaiiii...
Saya tak pasti sebenarnya apa yang kecoh-kecoh kat Twitter dan socmed, saya masih lagi bersendirian.

"Malah sedang sibuk dengan jual nasi kerabu & Rendang Tok.
Ini bulan Ramadan, tak baik cerita bukan-bukan ye," katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai punca desas-desus yang bertebaran di media sosial, jawab Nora cerita itu seperti sengaja direka-reka.

"Dalam dunia hari ni, macam-macam orang boleh reka cerita," ulasnya.

Selepas dakwaan terbabit ditularkan oleh seorang pengguna Twitter pada petang Rabu, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan turut tampil membidas setiap kenyataan yang ditulis netizen.

Jelas Mohd Syakir lagi, tindakan itu disifatkan tidak beretika dan menjadi satu fitnah terhadap ibunya.

Pun begitu, masih ada juga dalam kalangan peminat yang mendoakan jodoh Nora (dengan individu kenamaan terbabit) selepas pemergian suami tercintanya, Johan Nawawi sejak empat tahun lalu.

Nora bagaimanapun memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan menasihati agar tidak mengaitkan namanya dengan mana-mana individu.

"Doakan yang baik-baik itu adalah yang terbaik, tapi tak perlu kaitkan dengan siapa-siapa pun," tambahnya.

#Kahwin #Penyanyi #Viral #Nora Ariffin #Twitter #Fitnah #Tan Sri Annuar Musa
;