Hiburan
Gosip Cerai Masih Diperkatakan...Ada Pula Dakwaan Laudya Cynthia Bella Mahu Jual Rumah?
Kisah rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran masih menjadi tanda tanya di kalangan para peminat.
Di saat gosip rumah tangga mereka masih hangat diperkatakan, muncul pula dakwaan mengatakan Laudya sedang dalam proses menjual kediaman mereka di Jakarta Selatan.
Memetik laporan Tribunnews, ada juga kabar angin mengatakan Bella membuat keputusan sebegitu kerana menghadapi masalah kewangan.
Menurut sumber, beberapa penduduk setempat turut melihat beberapa individu berpotensi sebagai pembeli datang meninjau rumah tersebut.
Difahamkan, ada desas desus mengatakan kediaman itu akan dijual pada harga RM3.6 juta.
Walaubagaimanapun, semua kabar angin ini masih belum mendapat kepastian kerana Laudya dan Emran masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terdahulu, Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017.
Sebelum itu, Emran pernah menikahi aktres Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.
Sumber : Tribunnews
Must-Watch Video