Laman Utama

Gossip Girl Indonesia Makin Popular, Tapi Bayangkan Jika Ada Versi Malaysia! Siapa Paling Cocok Bawa Watak Ikonik Ini?

gempak
Hanafis Haris
16/02/2022
09:07 MYT
Sponsor Banner
Gossip Girl Indonesia Makin Popular, Tapi Bayangkan Jika Ada Versi Malaysia! Siapa Paling Cocok Bawa Watak Ikonik Ini?

Pernah mencetuskan fenomena seluruh dunia, siapa sangka drama siri popular Amerika Syarikat terbitan Warner Bros, Gossip Girl yang memaparkan kisah remaja dari keluarga sosialit di Manhattan telah diadaptasi dalam versi Indonesia.

Menggunakan tajuk ‘Gossip Girl Indonesia’, drama bersiri itu telah mula menemui penonton Malaysia buat pertama kali menerusi platform Astro.

Drama bersiri 9 episod tersebut telah pun memulakan tayangannya pada 7 Februari lalu dan boleh ditonton di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Namun, dalam pada ralit menonton versi Indonesia, siapakah pelakon Malaysia yang sesuai membawakan watak atau karakter pelakon Gossip Girl?

Disebabkan itu, apa kata kita 'berangan' dan memilih senarai pelakon yang 'cocok' membawa watak-watak ikonik ini.

#1 Serena van der Woodson

Jika versi Indonesia, pelakon Amand Rawles membawakan watak ikonik ini.

Memang tidak dinafikan seseorang itu perlu mempunyai wajah 'innocent', namun pada masa sama penuh aura untuk menjadi 'queen' dalam kalangan rakan-rakannya.

Penulis bertanggapan, pelakon cantik tinggi lampai Mimi Lana sangat sesuai untuk membawakan watak Serena van der Woodson.

Lihat saja rambut ikal mayang Mimi itu, sudah cukup menggambarkan Serena!

#2 Blair Waldorf

Watak yang dibawa oleh Leighton Meester ini cukup kuat dan telah memberi impak kepada kebanyakan remaja ketika itu.

Watak tersebut sangat unpredictable, namun mempunyai karakter yang agak 'sweet' dan comel.

Jika versi Indonesia pelakon Jihane Almira membawakan watak tersebut, di Malaysia penulis merasakan Janna Nick agak sesuai. Setuju?

#3 Nate Achibald'

Beralih kepada pelakon lelaki, watak Nate Achibald memerlukan wajah yang tampan dan berkarisma.Sedikit 'bad boy', namun masih ada jiwa budak baiknya.

Jika Gossip Girl Indonesia, watak ini dibawa oleh Arya Vasco. Agak cocok pada pandangan penulis.

Namun, jika di Malaysia, penulis merasakan Fattah Amin agak sesuai!

#4 Chuck Bass

Wah! Watak ini cukup berat sebenarnya kerana aura 'bad boy' dan kaki perempuan sangat dominan.

Bukan biasa-biasa lelaki yang boleh membawakan watak ini, ia perlu mempunyai karakter penggoda yang kuat.

Jika di Indonesia Jerome Kurnia diberi tanggungjawab menggalas watak ini, namun jika di Malaysia penulis merasakan Ariel Zarel agak sesuai.

Jika tidak sekali pun, mungkin Aedy Ashraf?

#5 Dan Humphrey

Baiklah, untuk watak ini memang tiada kena mengena dengan sebarang watak pembunuh atau psycho.

Penn Badgley terlebih dahulu terkenal dengan watak Dan sebelum kembali meledak dengan drama siri baharu.

Watak Dan adalah seorang lelaki yang baik, lurus, namun pada masa sama masih mempunyai aura memikat.

Untuk versi Indonesia, watak ini dibawa dengan cara tersendiri oleh Baskara Mahendra.

Namun, di Malaysia penulis merasakan hanya pelakon ini saja yang layak iaitu Redza Minhat.

Jadi, adakah anda bersetuju dengan pilihan ini atau ada cadangan lain?

Apapun jangan lupa saksikan yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live