Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Grammy2021: Bruno Mars Rayu Diberi Peluang Buat Persembahan - “Janji Tak Lakukan Lebih-Lebih”

Mya Amri
10/03/2021 14:41 MYT
Penyanyi antarabangsa Bruno Mars merayu kepada penganjur Grammy Awards, Recording Academy supaya diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu.

Bruno meluahkan hasratnya dalam coretan surat terbuka menerusi di posting di akaun Instagram miliknya.

"Kepada pihak penganjur Grammy, kami sangat menghargai sekiranya anda memberikan kami kesempatan untuk membuat persembahan pada majlis berprestij itu nanti.

"Kami baharu sahaja mengeluarkan lagu terbaharu dan berkemungkinan dapat memberikan promosi terhadapnya.

"Kami sudah lama tidak dapat membuat persembahan dan kami hanya benar-benar mahu menyanyi.

“Kami juga akan menghantar video uji bakat dan sanggup melakukan ujian calitan COVID-19 sebanyak mana yang diperlukan oleh pihak anda," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bruno juga menulis surat terbuka itu bagi pihak rakannya, Anderson Paak di mana mereka telah berkolaborasi untuk projek band terbaharu yang diberi nama Silk Sonic.

"Kami janji tidak akan melakukan persembahan yang berlebih-lebihan jika diberikan peluang berkenaan.

"Diharapkan pihak anda dapat memberi peluang kepada kami untuk menyinar dan mempertimbangkan permintaan kami,” coretnya.

BACA: It’s Confirm! Tak Hanya Tercalon, BTS Bakal Buat Persembahan Di Grammy 2021! Ini Senarai Penuh Artis

Recording Academy pada sebelum ini telah mengumumkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan pada Anugerah Grammy ke-63.

Antaranya BTS, Taylor Swift, Billie Eilish, Megan Thee Stallion dan John Mayer.

Jangan lupa saksikan Anugerah Grammy 2021 secara langsung pada 15 Mac, jam 8:00 pagi di FOXlife (saluran 703 HD / 723) manakala siaran ulangan pula pada jam 8:00 malam.

Untuk platform digital, Anugerah Grammy 2021 boleh distrim menerusi On Demand STB dan Astro GO.


#Bruno Mars #Grammy Awards #Gempak Chingu #Grammy Awards 2021 #Grammy2021
;