Grup Debu Kemalangan, Pasangan Rakyat Malaysia Terkorban
Maliah Surip
18/04/2022 05:15 MYT
18/04/2022 05:15 MYT
Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan sebuah lagi khabar kemalangan yang membabitkan selebriti mereka.
Namun kali ini, berita kemalangan yang membabitkan grup yang terkenal dengan alunan lagu kerohanian, Debu, turut mengorbankan dua penumpang.
Penumpang yang meninggal dunia disahkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai pasangan suami isteri dari Malaysia.
Identiti mereka dikenali sebagai Firdaus, 31, dan Al Haddad Amal Sheikh Aidaros, 30.
“Mangsa yang meninggal dunia adalah pasangan suami isteri. Mereka duduk pada bahagian tengah kenderaan,” kata kenyataan dari pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.
Sementara itu salah seorang anggota kumpulan Debu, Daood Abdullah al Daood dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Mengikut laporan media tempatan, anggota kumpulan Debu bersama penumpang lainnya mengalami kemalangan di Tol Pasuruan-Probolinggo (Paspro) KM 837, Jawa Timur tengah malam tadi.
Kemalangan terjadi dipercayai selepas pemandu kereta jenis Vellfire tersebut mengantuk dan telah melanggar belakang sebuah truk.
Selain membabitkan dua kematian, diketahui 4 penumpang lain mengalami kecederaan.
Untuk rekod, kumpulan Debu merupakan kelompok muzik Islam Sufi yang pertama kali tampil pada tahun 2001. Ia dianggotai pemuzik termasuk dari Sweden dan Amerika Syarikat bertapak di Indonesia.
Kumpulan ini beranggotakan 12 orang, masing-masing 6 lelaki dan 6 perempuan.