GSC Times Square Henti Operasi Hujung Bulan Ini - “Senyum, Ketawa & Tepukan Anda Akan Sentiasa Bergema Dalam Hati Kami”

Muhammad Firdaus
November 19, 2023 04:55 MYT
Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan operasi pawagamnya di Berjaya Times Square akan ditutup pada 27 November ini.
Menerusi akaun rasmi syarikat itu di Platform X, penyedia pawagam terbesar Malaysia itu menerangkan, tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini.
“Harap maklum bahawa GSC Berjaya Times Square akan membuat tayangan akhir pada 26 November 2023 dan akan berhenti operasi pada 27 November 2023,” umum pihaknya.
Dalam pada itu, pihak GSC turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan yang memberikan sokongan sepanjang 17 tahun beroperasi di pusat beli-belah tersebut.
“Ia merupakan perjalanan yang luar biasa sejak pertama kali kami menjemput anda semua pada 27 Januari 2005. Kami ingin mengucapkan terima kasih setelus hati untuk sokongan teguh sepanjang 17 tahun.
“Senyum, ketawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di dalam hati kami,” tulis pihaknya lagi.

ANNOUNCEMENT: GSC Berjaya Times Square will be closed permanently. See you guys at GSC LaLaport BBCC! ❤️ pic.twitter.com/UPoxec3kZj

— GSC (@GSCinemas) November 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, GSC mengajak orang ramai supaya berkunjung ke cawangan terdekat mereka iaitu di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur.
Sumber: Platform X
#Viral #Berita #GSC