#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha
Asyikin Mayudin
06/07/2024 03:55 MYT
06/07/2024 03:55 MYT
Tiada apa yang lebih indah jika mahu dibandingkan dengan momen menyambut kelahiran zuriat yang dinanti-nantikan. Mungkin hal ini yang dilalui oleh pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli saat kelahiran Hawra Uqaira, cahaya mata sulung yang menjengah dunia pada 24 April lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’
Banyak perkara telah berubah - dari rutin harian sehinggalah hal kebajikan serta keperluan si kecil yang menuntut pantauan hampir setiap masa. Namun, bagi Uqasha dan Kamal, hal-hal ini yang membuatkan mereka berdua belajar menggalas predikat sebagai ibu dan bapa.
Lebih istimewa, perjalanan mereka sebagai pasangan ibu bapa muda didokumentasikan menerusi Oh Baby, Kamal & Uqasha dengan episod pertama ditayangkan pada hari ini, 6 Julai 2024.
G The Untold Story menyelami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
#G The Untold Story: Apakah sebab Kamal dan Uqasha bersetuju untuk berkongsi tentang kelahiran Hawra Uqaira menerusi program ‘Oh Baby, Uqasha & Kamal’?
Kamal Adli: Program ini khas untuk peminat sebab dari awal lagi, mereka dah ikut kami. Dari waktu kami bercinta, saya melamar Uqasha, bertunang dan sehinggalah mendirikan rumah tangga. Lepas kahwin dulu pun kami ada lagi show, The House. Ada Romantika juga. Alhamdulillah rezeki Hawra, rezeki Astro shoot kami dengan baby. Menerusi program ini, kami berkongsi rutin kami sebagai ibu bapa baharu.
G: Kenapa terbuka untuk berkongsi wajah anak dengan peminat?

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”
Uqasha Senrose: Saya rasa orang lebih bersikap terbuka. Bukanlah kita tayang sangat muka anak tapi untuk tutup sentiasa masa itu, bagi saya lebih baik tak payah ambil gambar terus. Saya rasa ramai saja selebriti yang terbuka berkongsi wajah anak mereka. Bagi saya, tak ada masalah sebab semua orang tahu kita dah bersalin dan orang tahu itu anak kita. Saya tak ada nak sorok-sorok ke.
KA: Sebab nak sorok pun, kami keluar tak tutup muka. Jadi, apa point ya... sama sahaja. Nak tutup, tutup terus. Macam mana pun, orang akan jumpa juga kita dekat luar. Siapa jumpa, tengok dekat-dekat dan apa kita post, dapatlah juga doa baik-baik daripada orang, doa anak kita sihat. Itu saja kita nak.
#G: Macam mana pengalaman Uqasha dan Kamal menguruskan anak kecil?
US: Baby saya pun baru nak masuk dua bulan. Segalanya masih baharu untuk kami. Kami masih cuba untuk menyesuaikan diri, sebab baby akan berubah-ubah dalam setiap bulan. Berkenaan waktu tidur, kami akui tidak cukup. Dan saya rasa hal ini terjadi kepada semua ibu bapa yang anak kerap terjaga setiap dua jam. Masa mula-mula, baby kami bangun setiap setengah jam. Tapi bila siang, dia tidur, malam dia jaga.
KA: Saya tahu Uqasha memang penat, dari mengandung dia berjaga. Untuk waktu jaga baby ini, Uqasha akan jaga waktu siang, manakala saya akan ambil giliran pada waktu malam. Kadang-kadang ada masa kita jaga sama-sama. Untuk bulan pertama, memang sangat sukar. Saya lihat Uqasha masih boleh bersabar, tapi saya macam sampai ‘Hawra nak apa ini, ayah tak tahu dah ini’.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
US: Kami memang gunakan konsep ‘team up’. Siang saya jaga dan malam Kamal pula jaga. Saya ambil alih semula dalam pukul 5 pagi. Sebab penjagaan dan pengurusan baby ini kena buat sama-sama. Tak boleh nak harapkan seorang sahaja. Tak boleh buat konsep Kamal seorang waktu malam, nanti saya seorang pula. Saya perlukan pertolongan.
#G: Perasaan Uqasha dan Kamal apabila sudah bergelar ibu bapa
US: Susah nak gambarkan keseronokan itu. Walaupun macam mana dia meragam atau menangis dan saya tak cukup tidur tapi seronok. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Boleh tenung muka dia berjam-jam, tak bosan pun.
KA: Saya gembira. Sebab saya tengok Uqasha sendiri sebagai ibu, macam mana dia beri tanggungjawab dia, macam mana dia jaga dan sayang Hawra. Jadi dekat situ, saya rasa tenang. Walaupun baby dah bunyi sikit, Uqasha dah tahu dan faham. Saya pun berehat sekejap dari shooting, tengok perkembangan baby macam mana, saya tengok keadaan Uqasha, barulah saya boleh cari kerja. Untuk diri saya, sudah tentu saya gembira sebab pengalaman baharu yang saya tak boleh beli dekat mana-mana. Saya gembira ada baby dan Uqasha di sisi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
#G: Bagaimana penjagaan anak apabila Uqasha dan Kamal sudah mula bekerja?
US: Saya ada tanya juga kalau Kamal kerja, macam mana saya nak handle baby nanti. Kalau siang mungkin saya boleh lagi, cuma kalau malam takut juga seorang. Tapi kami pun tak lalui lagi perkara itu, jadi kami tak tahu macam mana. Mungkin kita akan cuba nanti. Jika sampai satu tahap saya rasa tak boleh, perlu teman, mungkin saya akan minta tolong mama.
Masa awal-awal saya bersalin, saya sendiri tak pandai pegang baby. Saya memang suka budak, bila anak kita, saya jadi tak tahu. Memang 90 peratus mama yang tengokkan. Saya tengok cara mama pegang, lama-lama saya boleh tidurkan anak sendiri.
KA: Untuk waktu sekarang ini, kita berterima kasih kepada ibu mentua saya sebab dia ada sekali menjaga.
#G: Siapa yang memilih nama Hawra Uqaira?
US: Nak dekat sebulan bersalin, saya pilih nama Uqaira. Sebab nama saya dekat dengan Uqaira. Saya memang nak nama Uqaira saja, tak nak panjang-panjang. ikutkan Uqaira boleh ‘stand alone’, Uqaira Binti Kamal Adli. Tapi Kamal tetap nak nama Hawra. Bila dua-dua tak mengalah, letak saja la Hawra Uqaira.
KA: Saya suka bunyi ‘Hawra’, lembut… maksud dia pun putih, bersih, cantik… itu saja.
#G: Bila Uqasha akan mula bekerja semula?
US: Saya baru saja bersalin, keadaan badan saya pun masih berisi. Saya belum betul-betul selesa nak keluar, nak kerja. Nanti saya marah dengan diri sendiri. Saya tak yakin nak berlakon. Buat masa ini, biarlah saya jaga anak dulu sementara dia masih kecil lagi. Mungkin bila dia dah besar sikit, saya pun dah kurus, dah boleh buat aktiviti lasak, saya akan mula bekerja.
Berkenaan tawaran, ada saja tapi terpaksa tolak. Ikutkan dapat tawaran untuk bulan Julai tapi tak sempat nak turunkan berat badan pun. Baby pula masih kecil lagi, Kamal pun ada kata: "Awak nak ke, orang tengok awak nanti macam tak tersaing langsung Uqasha besar macam ini".

ARTIKEL BERKAITAN: Menari Dengan Baby Bump, Uqasha Terima Pujian Netizen: “Jangan Comel Sangat Boleh?”
Saya pun tak selesa badan macam ini untuk kerja. Satu fasal penampilan, satu lagi sebab takut dekat set shooting, teringat anak dekat rumah. Nanti kita jadi marah, bila nak habis kerja la. Apa-apa pun tunggu saya dah bersedia, bila badan dah okey, baby pun dah besar. Saya pun okey saja tak shooting sekarang sebab tengah bahagia menjadi ibu, baru nak merasa ada anak.
#G: Berapa orang anak yang Uqasha dan Kamal mahukan?
US: Kalau tanya saya, nak empat… saya nak tujuh. Tapi macam tak sempat saja sebab usia saya. Bagi saya, adik-beradik ramai ini best. Saya adik-beradik tujuh orang pun sara rasa sikit. Empat itu macam ‘just nice’.
KA: Bagi saya, empat tu cukup lah. Dapat sepasang lelaki dan perempuan pun okay juga.

#Anak
#Uqasha Senrose
#Kamal Adli
#Baby
#Anak Selebriti
#Anak Kamal Adli
#Anak Uqasha Senrose
#Hawra Uqaira
#Oh Baby Uqasha & Kamal