Laman Utama

#GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan Pun Bersuap”

gempak
Maliah Surip
26/08/2023
02:00 MYT
Sponsor Banner
#GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan Pun Bersuap”
Ini temubual yang dijalankan tanpa curi-curi rekod video atau audio. Ini adalah temubual yang kedua-dua pihak iaitu antara G The Untold Story dengan Abang Tesla dan isteri pertamanya, Maj bertemu, bertentang mata dan cuba mengaris bawahi banyak persefahaman secara profesional.
Apalagi apabila ia menyentuh isu sensitif dan dibenci kebanyakan orang terutama wanita iaitu poligami.
“Tolong jangan tulis jahat-jahat,” pesan Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khaliltizam kepada kami berkali-kali.
Lelaki yang senang disapa Khal itu hadir ke Ibu Pejabat Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari Johor Bahru selepas menerima lamaran tim Astro Gempak untuk ditemu bual.
Lalu seperti gentleman dia berkongsi dengan seluruh pengguna media sosial terutama TikTok, usahawan ini bercakap kepada kami tentang poligami pada usianya yang agak terbilang muda, 28 tahun — dan kemudian dibagikan pengetahuan itu dengan cara yang agak sensasi — solat Subuh bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari, tiga jam sebelum berpoligami.
Khal tenang. Maj yang seusianya manis dalam setiap senyum yang dilemparkan tapi dalam hati siapa tahu apabila cintanya telah diduakan oleh belahan jiwa yang sudah 15 tahun bersama.
Di sebalik dirinya teruk dihina, dimaki dan beragam lagi komen tidak manis sekaligus mungkin layak dilabel ‘individu paling dibenci saat ini’ selepas mereka terbuka berkongsi isu poligami, Khal mengaku sedang melalui fasa-fasa yang baik.
“Dibenci, saya okay saja. Saya cuma kasihan pada mak sebab dia tak biasa benda begini bila ramai yang bertanya,” kata Khal.
Malah katanya, hubungan dia dan Maj menjadi lebih intim seperti kekasih yang tak terpisahkan.
“Poligami buat hubungan kami (dengan Maj) macam boyfriend dan girlfriend.
“Makan bersuap, kami luangkan masa bersama bila berjalan berpimpin tangan, berpeluk.
“Dari satu sudut ada manis dan hikmah, lagi baik sekarang (hubungan) kami,” akuinya.
Ditanya mengenai keputusan berpoligami, Khal menegaskan ia bukan semata kerana zuriat tetapi ada perkara lain yang tidak mahu dikongsi dengan umum.
“Bukan sebab zuriat. Biasalah rumah tangga ada turun naik, bergolak, nak cerita lebih-lebih tak boleh, ini hal rumah tangga,” katanya lagi.
Buat Maj sendiri sebagai seorang wanita yang telah melalui lima tahun turun naik dalam perkahwinan, dia menerima takdir bermadu kerana katanya buat masa ini hatinya sayang kepada Khal.
“Sayang, saya sayang. Buat masa ini, saya okay (poligami) tapi tidak tahu nanti jika Allah bolak balikkan hati. Buat masa ini, kami bahagia, doakan yang baik-baik biar terus begini (bahagia dalam poligami),” katanya tersenyum.
Setelah berpoligami, Khal perlu melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dengan adil dan saksama. Kedua-dua isteri perlu mendapat perhatian sewajarnya dan dia mahu menjadi nakhoda kapal yang membawa dua permaisuri berlayar dengan tenang.
“Jadi saya bahagi masa. Tiga hari di rumah isteri pertama dan tiga hari di rumah yang kedua. Nanti bulan September kami bertiga akan menunaikan umrah,” ujar mantan pelajar jurusan kejuruteraan yang sangat meminati bidang pembuatan video atau konten ini.
Ikuti bahagian kedua temubual eksklusif bersama Abang Tesla dan Maj.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live