Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

AS Gugur Bom Bukan Nuklear Terbesar Dipanggil Mother of All Bombs

Syafiqah Jalal
14/04/2017 07:52 MYT
Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam telah menggugurkan bom bukan nuklear yang terbesar setakat ini di atas kompleks kepunyaan militan Daesh di Afghanistan.

Pasukan tentera udara AS di Afghanistan dalam satu kenyataan berkata bom dikenali sebagai GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast itu tepat mengenai sasaran kompleks yang terletak di daerah Achin wilayah Nangarhar.

Serangan itu dilancarkan pada pukul 7.32 malam waktu tempatan (10.32 malam waktu Malaysia) dan mengorbankan 36 orang militan Isis.

Jurucakap Pentagon, Adam Stump memberitahu ia adalah serangan pertama menggunakan bom jenis itu.

Kami kongsikan 6 fakta tentang bom bukan nuklear terbesar itu.

Nama

Nama senjata itu adalah Guided Bomb Unit, Massive Ordnance Air Blast. Akronimnya MOAB dan turut dikenali sebagai ibu segala bom (Mother Of All Bombs).

Nama itu juga seperti merujuk kepada bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang turut digelar Mother of all Battles ketika Perang Teluk di Kuwait pada 1991.



Usia

Senjata itu pernah sekali diuji pada Mac 1993 sebelum AS menyerang Iraq. MOAB merupakan 'keturunan' BLU-82B Daisy Cutter iaitu sebuah bom seberat 15,000 paun (6,800 kilogram) yang digunakan pada peperangan Vietnam.

Senjata itu pernah digunakan sekali ketika menentang tentera Iraq tahun 1991.

BLU-82B digantikan kepada MOAB pada tahun 2008.



Saiz

GBU-43/B MOAB merujuk kepada monster truck of American ordnance dan seorang kolumnis Gary Brecher menyifatkan bom itu sebagai war nerd pada tahun 2003.

MOAB seberat 22,000 paun (10,000 kilogram) dan menjadi senjata bukan nuklear paling hebat yang dimiliki AS.

Ia dimuatkan dengan bahan letupan H6 (1.35 kali lebih berkuasa berbanding TNT).



Bom itu dicipta sepanjang 30 kaki (10 meter) dan berdiameter 40 inci. Ia cuma boleh dijatuhkan daripada pesawat jenis c-130 sahaja.

Menakutkan

Fungsi MOAB mengejut dan mengagumkan (shock and awe). Ia adalah senjata yang meledak di udara dengan cara mencipta tekanan tinggi untuk meranapkan terowong atau kubu pertahanan musuh.

Malah, ia boleh membinasakan semua nyawa dalam kawasan radius letupan.



Harga

MOAB dicipta oleh syarikat Dynetics yang berpangkalan di Alabama, AS.

Pentagon telah memesan 20 butir bom dengan nilai $16 juta USD (RM70 juta).



Rusia pula ada Father of All Boms

Selepas AS menguji senjata itu pada 2003, Rusia mencipta senjata termal sendiri yang dinamakan Father of All Bombs dan telah mengujinya pada 2007.

Menurut tentera Rusia, senjata itu memiliki kekuatan empat kali ganda berbanding MOAB dan mampu memusnahkan dua kali ganda radius senjata milik AS itu.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: RT
#Rusia #Amerika Syarikat #Afghanistan #MOAB #Mother of All Bombs
;