Laman Utama
Gugur Mei Lalu, Aurel Hermansyah Hamil Lagi - "Selepas Lebih 3 Bulan Merahsiakan..."
Selepas mengalami keguguran pada bulan Mei lalu, penyanyi Indonesia, Aurel Hermansyah memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Khabar gembira itu dikongsikan Atta Halilintar menerusi video rakaman imbasan ultrabunyi bayi dalam kandungan isterinya.
"Anakku, Ahamdulillah. Allahuakbar. Sihat, kuat ya anakku. Papa dan mama akan jaga kamu sekuat kami.
"Selepas lebih tiga bulan merahsiakan, dengan banyak media hiburan yang terus bertanya dan beritanya semakin tidak menentu.
"Doa terbaik saja ya buat keluarga kecil saya," tulisnya di Instagram.
Pasangan Atta dan Aurel diijabkabulkan pada 3 April lalu namun sebulan kemudian Aurel diberitakan mengalami keguguran.
Must-Watch Video