Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Gugurnya Air Mata Neelofa

Asraf Aided 10/09/2020 | 11:13 MYT
Hos dan pelakon popular, Neelofa berkongsi foto ketika menemubual Profesor Dr Muhaya Mohamad yang diundang sebagai tetamu dalam program Next To Neelofa.
Dalam foto tersebut, Neelofa kelihatan mengesat air mata, seolah memberi gambaran tentang perkara emosi yang disentuh dalam temu bual yang akan ditayangkan dalam episod malam ini itu.
"Jika anda lihat air mata mengalir di pipi saya, anda tahu ia merupakan satu episod yang penuh emosi," tulis Neelofa sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Neelofa meninggalkan respon positif dan tidak sabar untuk menonton episod bersama Profesor Dr Muhaya itu.

When you see tears rolling down my cheeks, you know it’s going to be an emotional episode. Join me and @profmuhayaofficial tonight, 9pm on Astro Ria! @nexttoneelofa #nexttoneelofa

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Selain Profesor Dr Muhaya, antara barisan ikon yang telah diundang khas untuk menjayakan penerbitan musim pertama termasuklah Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Hans Isaac dan Ella Aminuddin.
Jangan lupa saksikan Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
#Neelofa #Prof Dr Muhaya
;