Hiburan
Gugurnya Sasterawan Negara, KS Maniam Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun Akibat Kanser
Akademik dan sasterawan negara, KS Maniam, 78, menghembuskan nafasnya terakhir sekitar tengah hari tadi akibat penyakit kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Pemergian KS Maniam itu telah meninggalkan seorang isteri, dua anak dan dua cucu.
Untuk makluman, Maniam merupakan satu nama yang tidak asing dalam karya penulisan dan sastera.
Hasil kerjanya banyak diguna pakai di sekolah mahupun universiti tempatan.
Malah, Maniam pernah dinobatkan pemenang Anugerah Raja Rao iaitu sebuah anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penulis di Asia Tenggara.
BACA: Tidak Mengharapkan Pengiktirafan, KS Maniam Ikhlas Berkarya
Sehingga kini, Maniam telah menerbitkan karya pertamanya 55 tahun yang lalu ketika dia berusia 22 tahun.
Berikut merupakan video Maniam mendedikasikan sajak hasil karyanya berjudul The Unborn yang diterbitkan oleh Astro Ulagam pada Jun 2019.
Sumber: Astro Ulagam
Must-Watch Video