Kecoh di laman Twitter apabila seorang pengguna TikTok dari Perancis menggunakan potongan ayat Al-Quran sebagai lagu latar bagi videonya.

Seperti individu lain, pengguna TikTok bernama Benjamin itu menerbitkan video transisi pakaian, salah satu trend yang popular di media sosial.

Tidak seperti pengguna lain yang menggunakan lagu yang sedang trending, Benjamin menggunakan ayat suci Al-Quran.


Hal ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna TikTok. Ramai yang memberikan reaksi kecewa terhadap video yang dimuat naik oleh Benjamin.

Tidak hanya itu, menerusi ruangan komen berkenaan, ramai yang menulis ‘Apologies’ menggesa Benjamin untuk membuat permohonan maaf.

Isu penggunaan ayat Al-Quran dalam video TikTok Benjamin akhirnya sampai ke pengetahuan netizen Malaysia dan rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pempengaruh berkenaan.

Ramai yang bertindak membuat laporan terhadap TikTok supaya video tersebut dipadamkan daripada platform berkenaan.

“Aku nak kuasa Twitter report dia punya video TikTok sebab dia guna ayat suci Al-Ruran for transition,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Dia belum kenal netizen Malaysia lagi,” ringkas ciapan seorang netizen yang turut kecewa dengan situasi berkenaan.

Begitupun, ada dalam kalangan pengguna TikTok yang cuba untuk melaporkan video berkenaan, tetapi menurut TikTok ia tidak melanggar sebarang Community Guideline.

Penggunaan elemen agama Islam sebagai estetik dalam kalangan warga Barat bukan satu hal yang baharu.

Terdahulu, penyanyi RIhanna pernah dikecam kerana menggunakan petikan hadis dalam lagu yang dimainkan ketika acara pertunjukan fesyen pakaian dalam anjurannya.

BACA: Rihanna Dikecam Guna Petikan Hadis Jadikan Lagu Pertunjukan Pakaian Dalam