Masih ingatkah anda pada gelagat penyanyi bersuara lunak, Anuar Zain menuang air teh di sebuah kem tabligh sehingga menarik perhatian ramai?

Ketika itu, Anuar yang lengkap menggunakan kopiah dan baju Melayu menuangkan air teh buat pengacara Nabil Ahmad sambil menyanyi.

BACA: Gelagat Anuar Zain Tuang Teh Tarik Di Kem Tabligh Curi Perhatian

Ramai yang memuji kemerduan vokal Anuar sungguhpun sekadar menuangkan air dan melantunkan lagu secara spontan.

Seperti deja vu, perkara yang seakan-akan sama berlaku sekali lagi. Kali ini, menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh penyampai radio dan pengacara, Radin.
@radinamiraffendy Kau hadeeeee??? Perkara biasa lepas buat job event or wedding, balik bilik mesti cari makan… Mi segera by @anuarzainnetwork #anuarzain #fyp #foryou #foryourpage #foodie #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan ♬ original sound - RAA

“Engkau, mi segera masak sendiri. Aku mi segera Anuar Zain yang buat. Kau ada? Takda kan? Lemah…” kongsi Radin dalam nada berseloroh.

Menerusi video yang sama juga, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini itu turut dilihat tergelak kecil.

Hal itu yang menarik perhatian netizen.

BACA: Anuar Zain Tentang Kembara Hidup & Rohani: "Pandemik Adalah Satu Rahmat Buat Saya"

Menerusi ruangan komen, kebanyakan pengguna TikTok memuji gaya ketawa Anuar Zain yang dikatakan ‘merdu’.

“Guna chord apa dia ketawa? Merdu,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Anuar Zain ketawa pun C minor,” seloroh seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji cara pembawakan diri Anuar Zain menerusi video yang dirakam oleh Radin itu.

“The men with standard lifestyle salute to Mr Anuar Zain,” tulis seorang wargamaya.

BACA: Anuar Zain Beri Alasan Syok Layan TikTok Dari Main Instagram