"Guna Gambar Saya Untuk Aniaya Orang!" - Fida Ibrahim Kecewa Member Rapat Tikam Belakang?
Amri Hassan
02/10/2018 08:43 MYT
02/10/2018 08:43 MYT
Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim berpesan kepada orang ramai agar berwaspada kepada syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang menggunakan gambarnya untuk menarik pelanggan.
Jelas Fida, 32, syarikatnya didaftarkan dan dilesenkan untuk menjalankan perniagaan terbabit dan bukannya untuk menganiaya orang lain.
"Saya nak maklumkan jika ada sesiapa yang didekati oleh mana-mana syarikat MLM tetapi tidak mengaku MLM harap ambil perhatian.
"Kalau mereka guna gambar saya untuk meyakinkan anda, itu sama sekali tidak betul!
"Syarikat saya sendiri pun ada lesen MLM. Saya sekadar ziarah dan mengeratkan silaturrahim.
"Sayangnya, jemputan itu bukan untuk dia mengeratkan silaturrahim tetapi menganiaya orang lagi," tulisnya menerusi perkongsian di Facebook.
Bagaimanapun, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu enggan membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan individu terbabit merupakan kenalannya sendiri.
"Nak report pun kawan-kawan juga. Serba-salah hidup kan? Tak apa, doakan kawan itu dan pasangan dia sedar dan insaf," tambahnya.