Hiburan

Guna i-Sinar Buat Bonggol Jalan, Namun Pemuda Ini Terpaksa Minta Maaf Gara-Gara..

gempak
Hanafis Haris
15/01/2021
02:46 MYT
Sponsor Banner
Guna i-Sinar Buat Bonggol Jalan, Namun Pemuda Ini Terpaksa Minta Maaf Gara-Gara..

Tular baru-baru ini apabila seorang lelaki bertindak membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu.

Difahamkan, tindakan tersebut dibuat bagi mengelakkan bunyi bising kenderaan yang lalu lalang.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut Nor Muhamad Roslam Harun, 40, akhirnya tampil memohon maaf atas perbuatannya.
Menurutnya, dia mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

"Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

"Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ," katanya kepada Bernama.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur.

“Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda," katanya.

Jelasnya dia juga membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Gambar: Peraktoday
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live