Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Guna ‘Kuasa’ Pengguna Islam, Elakkan Makan Daging Import” - Timbalan Mufti Perak

Hanafis Haris 29/12/2020 | 04:00 MYT
Isu kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu menggunakan logo Halal dilihat semakin serius.

Ini susulan keputusan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai idak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit dikembalikan sepenuhnya

Beliau berkata, orang ramai boleh menggunakan ‘kuasa’ pengguna Islam sehingga memaksa penjual serta pengusaha hasil produk berkenaan akur.

"Umat Islam boleh terus membeli daging lembu tempatan kerana di samping dapat mengelakkan keraguan mengenai status halalnya, ia dapat membantu penternak lembu tempatan.

"'Gelombang' diwujudkan berperanan supaya kemas kini proses import daging mahupun makanan lain (di masa mendatang) dilakukan dengan benar-benar menepati piawaian sijil halal," katanya.

Jelasnya, jika masih ragu-ragu, meninggalkan pembelian daging secara menyeluruh adalah dituntut berdasarkan suruhan Nabi Muhammad SAW melalui hadis mengenai keutamaan meninggalkan (sepenuhnya) sebarang bentuk keraguan.

"Pihak berwajib diharap segera mengumumkan jenama tertentu yang pernah membuat pemalsuan sijil halal.

"Kerajaan menerusi kementerian perlu serius menangani isu pembekalan makanan kepada negara sebegini selain mengurangkan kebergantungan kepada import dari negara luar memandangkan Malaysia sedia dianugerahkan bumi yang subur lagi luas," katanya.

Sumber : Harian Metro

;