Gaya Hidup
Guna Model Kanak-Kanak Ella Gross, Iklan Aiskrim Popular Ini Terima Kecaman & Terpaksa DiHentikan
Sebuah iklan jenama aiskrim popular dunia, Baskin Robbins yang menampilkan model kanak-kanak Ella Gross menerima kecaman netizen Korea Selatan.
Iklan berdurasi 30 saat itu menunjukkan Ella, 11, memperkenalkan perisa aiskrim terbaru ‘Pink Star’.
Iklan yang dikeluarkan pada 28 Jun itu menerima kecaman kerana pihak Baskin Robbins didakwa mempromosikan imej seksual melalui beberapa gerakan kanak-kanak itu.
Antara beberapa aksi Ella yang dikatakan menonjol adalah apabila dia menjilat aiskrim, letupan susu apabila Ella menikmati aiskrimnya dan aksi tangannya memegang buah strawberi.
Selain dikatakan mempromosikan imej seksual, netizen Korea Selatan menyalahkan jenama aiskrim itu kerana membuatkan kanak-kanak 11 tahun itu kelihatan tua.
Setelah menerima kecaman itu, pihak Baskin Robbins memohon maaf dan menghentikan penyiaran iklan terbabit.
“Kami telah membuat keputusan untuk menghentkan penyiaran iklan ini selepas pelanggan menyuarakan rasa tidak selesa mereka terhadap imej Ella Gross dalam iklan terbabit.
“Bermula sekarang, kami akan menjadi jenama yang mengambil kira pendapat ramai terutamanya daripada pelanggan kami. Kami minta maaf," kata jenama itu menerusi NextShark.
Memetik laporan Says, pihak Baskin Robbins turut menjelaskan isu pakaian yang dipakai Ella dalam iklan tersebut sesuai dengan umurnya dan hanya mengenakan solekan yang tipis.
Bagi ibu Ella, Wynne Gross, dia kecewa dengan kecaman yang netizen berikan untuk anaknya.
Menurut Baskin Robbins lagi, ibu bapa Ella turut sama terlibat mula daripada peringkat perbincangan lagi sehinggalah iklan ini siap.
Apa pula pandangan anda? Tonton iklan ini di bawah.
Sumber: NextShark, Says
Must-Watch Video