Laman Utama

Guna Model 'White People' Promosi Baju Raya, Rico Rinaldi; "At Least Saya Cuba Jaga Aurat Model Melayu"

gempak
Amri Hassan
03/03/2022
05:55 MYT
Sponsor Banner
Guna Model 'White People' Promosi Baju Raya, Rico Rinaldi; "At Least Saya Cuba Jaga Aurat Model Melayu"
Pereka fesyen Rico Rinaldi berdepan kecaman netizen selepas tampil menjawab luahan hati seorang pengguna di Twitter yang enggan menyokong karyawan tempatan menggunakan model luar negara.
Tulis individu berkenaan; "I don't buy baju kurung/kebaya modelled by white people."
Rico kemudiannya memberikan justifikasi untuk tidak menggunakan model Melayu demi menjaga aurat mereka.
"Tak apa tak payah beli. Alhamdulillah kalau tak nak beli. At least saya cuba jaga aurat model Melayu," balasnya.
Hal itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan pendirian Rico itu sedikit sebanyak telah mengecilkan peluang model tempatan.
"Punyalah ramai non Malay yang berkulit sawo matang. At least gunalah model lokal, nak kata perempuan Malaysia ni tak lawa, ramai juga yang lawa," tulis pengguna di Twitter.
"Kalau nak jaga aurat, baik pakai patung bang. Confirm halal," tambah pengguna lain.
"Kita ada Cina dan India. Kenapa orang asing?" soal pengguna lain pula.
"Janganlah cakap macam tu bang. Cuba pakai model Melayu Islam, at least kami tahu tudung apa nak match dengan baju," komen seorang pengguna.
Namun, balas Rico ada sebab untuk tidak menggunakan model bertudung bagi membolehkan pelanggan melihat secara terperinci bentuk kolar pada pakaian yang dijualnya.
"Nanti pakaikan tudung orang tanya nak tengok bentuk leher. Kolar bulat, nehru, tinggi, luas? Ada suka stail tudung labuh, ada singkat. Dan tak semua orang bertudung," tambahnya.
Pun begitu, ada dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan pendirian Rico terhadap penggunaan model bulan Melayu untuk pakaian tradisional terutamanya pada musim perayaan.
"Kenapa tak boleh pakai model mat salih? Salah di sisi undang-undangkah? Those baju Melayu, aku yang non muslim pun pakai. Aku pun beli," komen seorang pengguna lain.
Selain itu, ada juga yang membandingkan penggunaan model luar negara untuk menjual pakaian dalam wanita yang turut dibeli oleh pelanggan pelbagai bangsa termasuk Melayu.
Rico yang berpangkalan di Bangi, Selangor merupakan pereka fesyen tempatan yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia bisnes dan fesyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live