gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Buka Mata Rakyat Malaysia Untuk Kenali Daniel Sher - "Sebelum Ini, Tak Ramai Pun Yang..."
HIBURAN
Dibayar Tinggi & Dalam Mata Wang Dolar, Shila Amzah: “Saya Hanya Mampu Ucap Alhamdulillah…”
HIBURAN
Aina Abdul Kini Lebih Tenang - “Penyokong Saya Selalu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Guna Nama Isteri Untuk ‘Scam’ Mangsa, Aeril Zafrel Minta Netizen Berhati-Hati - “Tak Adanya Senang-Senang Nak…”

gempak
Asyraf Roslan
13/06/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Guna Nama Isteri Untuk ‘Scam’ Mangsa, Aeril Zafrel Minta Netizen Berhati-Hati - “Tak Adanya Senang-Senang Nak…”

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menafikan dia atau isterinya, Wawa Zainal pernah mengadakan peraduan dan menawarkan wang tunai berjumlah RM30,000 kepada orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkongsi satu mesej peribadi daripada seorang individu yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan.
“Apa pula amal ibadah tak diterima ni. Kami ada terima DM daripada mangsa mengatakan kami ada menjanjikan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000. “Dengan syarat kena transfer RM500 dulu, ini scam ya. Tak adanya senang-senang nak bagi hadiah kat orang tanpa sebab, korang pun janganlah mudah percaya,” tulisnya.
Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi turut menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mesej atau akaun media sosial yang mencurigakan, meskipun menggunakan nama selebriti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila individu yang tidak bertanggungjawab itu sanggup menggunakan agama semata-mata untuk menipu.
“Tiber la pulak nak kata org punya amal ibadah tak diterima.
“Lancar nya sebuat nama Allah. dah biasa ke tu?
“Wow... Scammer ugut guna nama Allah... Ini scammer level dewa sayap labuh dah ni.
“Memang taktik scammer semua cara sama ya . Suruh bagi duit dulu,” komen netizen.
Topic Berkaitan
#Aeril Zafrel
#Wawa Zainal
#Scam
#Duit
Must-Watch Video