Guna Tulisan Jawi Di Twitter, Posting Raja Permaisuri Agong Tarik Perhatian Pelbagai Kaum! Cayalah!

Hanafis Haris
Disember 31, 2019 09:19 MYT
Jika anda melihat posting terbaru Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter sejak kebelakangan ini, janganlah hairan jika ia dipenuhi dengan tulisan jawi
Ini kerana Tunku Azizah berkenan memulakan langkah menggunakan tulisan itu sejak 28 Disember lalu.
Difahamkan, ia sebagai usaha untuk memartabatkan tulisan jawi.
“Mulai hari ini saya akan menulis jawi dalam Twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita.” titah baginda.
Sehingga kini perkongsian baginda telah menerima sebanyak 12,500 perkongsian dan 28,000 likes.
Selain posting berkenaan, perkongsian baginda menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah juga turut ditulis menggunakan tulis jawi.
Anda boleh lihat antara momen manis baginda di tanah suci di bawah.
Sementara itu, kesemua posting Tunku Azizah dilihat telah menarik perhatian netizen untuk membalas dalam tulisan yang sama.
Kebanyakan mereka memuji usaha Tunku untuk memartabatkan tulisan jawi agar ia tidak lupus ditelan zaman.
Tindakan berkenaan juga menggalakkan individu yang tidak tahu membaca jawi mempelajar itu apabila ada yang cuba memahami perbualan Tunku dan netizen.
Selain netizen, turut kelihatan adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tidak ketinggalan ada juga kaum bukan Melayu menyertai perbualan berkenaan. Cayalah!

مولاٴي هاري اين ساي اکن منوليس دالم جاوي دالم twitter ممڤرکاساکن توليسن جاوي واريثن کيت

— تنکو عزيزة محمود إسکندر (@cheminahsayang) December 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

الهامدوللالاه توانقو.ڤاتيق سوکوڠ اڬر داڤت مرتبتکن جاوي سايمولا.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) December 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jawi #RPA