Hiburan
Guna Video Untuk Pemasaran, Izara Aishah Sangkal Jadi Pelanggan Produk Penapis Air & Udara
Penjual penapis air dan udara Coway yang dikenali dengan nama Nikki memohon maaf kepada Izara Aishah selepas mendakwa pelakon tersebut membeli produk dari syarikat itu.
"Saya mohon maaf mungkin salah saya sebab tak tengok betul-betul. Maaf puan Izara Aishah," tulisnya.
Menerusi sebuah posting, Nikki mempromosi produk itu dengan menyatakan Izara antara salah seorang pelanggan mereka.
Nikki turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan Izara sedang mencuba salah satu produk tersebut.
"Assalamualaikum kalau ada member yang nak pasang penapis air dan udara Coway boleh roger saya ye.
"Tolong kawan masa PKP ni nak cari rezeki. Lagipun dah jadi keperluan. Tengok Izara Aishah pun ambik produk dari Coway," tulisnya.
Walaupun tweet itu tidak 'tagged' Izara, namun pelakon drama Ombak Rindu The Series itu perasan dan bertindak meninggalkan komen.
"Tidak saya tak beli pun," katanya.
Tweet itu telah dipadam selepas beberapa jam dikongsikan.
Must-Watch Video