Hiburan
Gunting Rambut Secara Percuma, Zayan Bantu Individu Kurang Bernasib Baik
Stesen radio Zayan menerusi program Zayan Barber Bros memberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada individu yang kurang bernasib baik pada 26 Julai 2019 lalu di sekitar perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Bertujuan mengetengahkan kepentingan menjaga kebersihan dan penampilan diri, seramai 30 individu menerima perkhidmatan gunting rambut daripada Adeep Nahar, Kimmy Low, Kowboi dan Athu-Barber.
Mereka adalah antara pendandan rambut profesional tempatan yang dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman tersendiri.
Aktiviti yang berlangsung selama tiga jam ini menerima sambutan yang menggalakkan di sekitar Masjid Negara selepas waktu Asar hingga sebelum waktu Maghrib.
Terdahulu, Mawi dan Anas yang mengendalikan segmen pagi Salam Bros telah menjalani latihan selama empat minggu untuk mempelajari asas-asas pengendalian rambut yang merangkumi pengenalan kepada alat-alat, teknik dan tatacara menggunting rambut yang sempurna bersama pendandan profesional.
Personaliti Zayan yang terdiri daripada Lin Ariffin (#ZOTD), Azhar Hilmi (Zayan Valet) dan Faliq (Zayan Cafe) juga hadir untuk menghulurkan bantuan kemasyarakatan kepada golongan kurang bernasib baik.
ZAYAN Barber Bros berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar dan menyeluruh untuk membantu mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN dan kempen-kempen yang akan dianjurkannya, sila layari https://zayan.my/.
Must-Watch Video