Guru Campak Kanak-Kanak Atas Lantai Undang Rasa Marah Netizen - ““Siap La Kalau Tu Anak Aku!”
Azwa Rahman
27/03/2021 01:44 MYT
27/03/2021 01:44 MYT
Tindakan seorang guru tadika melemparkan anak muridnya di atas lantai mencetus kemarahan wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi video tersebut yang difahamkan berlaku di sebuah tadika di Jalan Kebun, Shah Alam.
Meneliti video berdurasi 10 saat itu, seorang pelajar kanak-kanak dimarahi sambil dilempar sebanyak dua kali di atas lantai.
Kejadian tersebut turut diperhatikan oleh pelajar-pelajar yang lain.
Sementara itu di ruangan balas, wargamaya meluahkan rasa marah dan kecewa mereka terhadap guru tersebut.
Malah, ramai yang turut memohon pihak polis untuk melakukan siasatan segera terhadap guru dan taska terbabit.
“Kan aku dah cakap, nak kerja dengan budak-budak ni kena betul minat budak bukannya for the sake of datang kerja je mengajar lebih kurang then dapat gaji. Kalau tak minat jangan apply kerja tu. Budak ni macam-macam ragam. Dan kau pun satu kurang ajar macam bangang buat budak tu macam tu,” luah seorang wargamaya.
“Can’t imagine perasaan mak dia tengok video ni. Dah mengandung for 9 months, sakit lahirkan anak tu, bagi susu pampers, jaga makan minum semua. Lepas tu, suka hati je cikgu ni campak campak anak dia. kalau anak aku tu, mati dah cikgu tu. Aku smackdown dia habis habis,” kata seorang wargamaya.
“Budak degil macam mana pun kau boleh didik diaorang kalau kau dapat menjiwai perangai mereka. Kau kena la rapat dulu dengan dia, buat dia suka kau then tarik dia slow slow untuk dengar cakap kau, kanak kanak ni simple la bagi aku,” ujar seorang wargamaya.
“Kau siap la kalau sesiapa campak anak aku macam niiii, memang aku campak kau kat sungai klang!” komen seorang wargamaya.
“Tak kira apa salah budak tu buat. Hang lepaih geram lempaq anak orang macam plastik sampah. Hang salah 100%. Hang kerja situ ada ambik dak jurusan pendidikan awal kanak-kanak? Atau taksa tu pakai bedal ambik pekerja ja???????” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 600,000 tontonan serta 16,000 ulang kicau daripada warga Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.