Guru Kagum Lihat Anak Muda Redah Hujan Jual Mangga Asam Boi, "Aku Percaya Insan Sebegini Akan Berjaya Jadi Jutawan ..."
Zulaikha Yusof
01/07/2020 09:15 MYT
01/07/2020 09:15 MYT
Perjalanan setiap orang dalam mencari rezeki berbeza. Terserah cara yang dilakukan selagi tidak melanggar undang-undang serta halal dari segi agama.
Untuk seorang anak muda ini agak kental pekerjaannya kerana sanggup meredah cuaca panas dan hujan demi mencari sesuap nasi.
Kisahnya dikongsikan oleh seorang guru iaitu Mohd Fadli Salleh yang kebetulan ternampak ketika dalam perjalanan ke Selayang.
Menurut Fadli, anak muda tersebut masih gigih menjual mangga asam boi walaupun ketika itu dirinya sudah basah lencun akibat ditimpa hujan lebat.
"Beberapa hari lepas, hujan lebat mencurah membasahi bumi. Masa ni aku menghala ke Selayang untuk berjumpa seorang kawan.
"Dari kejauhan kelihatan seorang anak muda berdiri di tengah divider dalam kebasahan. Di tangannya ada dibimbit beberapa bekas mangga asam boi.
"Kebetulan lampu isyarat di Greenwood merah. Sebaik kereta berhenti, anak muda ini terus berjalan tanpa menghiraukan hujan dan pakaiannya yang lenjun.
"Dileher tergantung satu 'bunting' info lengkap tentang produk yang dia jual. Jenis barangan, nama produk dan harga. Jelas. Senang orang faham," tulisnya di laman Facebook.
Tambah Fadli, tanpa berfikir panjang dia terus membeli dari pemuda itu dan dihulurkan sejumlah wang ringgit sebagai hadiah.
"Aku buka tingkap dan panggil dia datang. Bak sebekas dik. Laju dia datang. Sebekal mangga dihulur, bayaran lebih aku bagi.
"Yang lebih tu hadiah. Terima kasih bang. Semoga terus maju jaya dik. Amin. Terima kasih bang. Itu je dialog sempat kami bual dalam masa kurang seminit," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Fadli akui dia kagum melihat kesungguhan anak muda bekerja tanpa memilih jenis pekerjaan.
Malah Fadli yakin dalam tempoh 10 tahun dari sekarang tidak mustahil untuk golongan yang rajin bekerja ini berjaya hasil titik peluh mereka.
"Aku cukup-cukup suka orang sebegini. Aku suka melihat anak muda berusaha. Tak kisah dapat berapa, asalkan terus berusaha.
"Hujan, panas, barang tak laku, kena marah, kena maki, kena sindir. Tapi mereka jalan terus. Ini golongan yang aku hormat. Mereka muda, mereka tidak duduk saja.
"Mereka tahu kehidupan ini kejam. Kadangkala memeritkan. Dan mereka tahu saat poket kekosongan, kepala kusut dan berserabut lebih pada sabut kelapa.
"Terpaksa merayu memohon simpati orang untuk meminjam. Menebal muka demi anak, isteri dan keluarga.
"Mereka tahu peritnya itu semua. Maka mereka berusaha. Tanpa keluh kesah, tanpa merungut panjang, tanpa salahkan sesiapa.
"Mereka bangkit dari rehat yang banyak, mereka redah semua cabaran demi sesuap makan.
"Aku percaya insan sebegini akan berjaya menjadi jutawan atau sekurang-kurangnya orang yang sangat berjaya suatu hari nanti.
"Dan tidak mustahil 5 tahun, 10 tahun dari sekarang, adik ini dan rakan-rakan sepertinya akan kita dengar mereka bercerita dari pentas yang gemilang tentang perjuangan mereka untuk berjaya.
"Ini semangat yang kita mahu. Ini perjuangan yang semua kita perlu ada dalam diri.
"Jangan berhenti kerana hujan. Jangan mengeluh saat kepanasan. Jangan merungut kerana kesempitan. Jangan lagi duduk bermalasan.
"Bangkit, usaha, doa. Jalan rezeki akan terbuka. Yakinlah!" tulis Fadli.