Seorang guru mata pelajaran Matematik mengkritik penggubal silibus subjek berkenaan di samping mempersoalkan kerelevanan soalan yang disediakan untuk murid-murid.

Menerusi tangkapan gambar soalan yang dikongsi di platform Facebook guru berkenaan, pelajar diminta memberikan nilai mata wang beberapa buah negara berbanding nilai RM1.

“Sat lagi nak masuk mengajar kelas tahun tiga, topik wang. Sebagai guru Matematik berdedikasi, aku selak la dulu buku nak bagi bersedia ajar lepas ni.

“Buka ja muka surat ni, markonah betul soalan pun. Awak ni siapa? Awak tinggal kat sini ke? Apa benda ni? Tak ada akidah punya soalan.



“Ni bukan budak tak boleh jawab, pegawai bank pun tak tau nak jawab.

“Apa kepentingan topik ni buat budak darjah tiga? Tolong penggubal silibus ni senaraikan lima kelebihan budak sembilan tahun belajar topik ni,” katanya.

Dalam masa sama, guru berkenaan pasti soalan demikian juga sukar untuk dijawab oleh penggubal silibus itu sendiri.

“Ni kalau aku soal penggubal silibus berapa Kyat untuk RM1 pun pasti dia tak boleh jawab, melainkan dia Google dahulu.

“Entah bila la silibus baru nak ganti ni. Melampau sangat silibus yang budak duk belajar sekarang ni.

“Aku nak ‘skip’ ja muka surat ni. Ni kalau ada PPD ke, JPN ke, nazir ke, orang BPK ke datang tanya kenapa ‘skip’, aku suruh dia mengajar topik ni."

BACA: Syifa Melvin Dedah Gagal Matematik Dalam SPM, Cikgu Bangga Pelajar Dia Dah Berjaya Sekarang​

BACA: “Suka Matematik, Kira Dalam Inggeris Cepat Tangkap”- Bagusnya, Yana Samsudin Ajar Anak 3 Bahasa Sejak...​