Status seorang pengguna Facebook mengenai risiko kerjaya guru ketika berdepan pandemik COVID-19 menimbulkan rasa sangsi kebanyakan pihak.

Tulis pengguna terbabit, profesion perguruan juga terdedah kepada bahaya memandangkan guru tidak dilengkapi PPE.

"Nak diikutkan guru lebih terdedah kepada bahaya COVID-19 daripada doktor dan jururawat.

"Sebabnya kami tiada PPE untuk melindungi kami dari virus.

"Kami bersama dengan pelajar lagi lama dari doktor dengan pesakit.

"Kami tak pasti pelajar ada COVID-19 atau tidak walaupun suhu badan okey," tulis pengguna berkenaan seperti yang ditularkan di Facebook dan Twitter.



Difahamkan pengguna terbabit pernah menyuarakan hasrat untuk dibekalkan sut PPE bagi mengelakkan risiko tidak diingini berlaku.



Hal itu menarik perhatian ramai untuk memberikan pandangan, berhujah dan tidak terlepas juga ada yang meradang.

Bagi Adli Rafael, perbandingan antara kerjaya terbabit keterlaluan dan menasihati agar berhenti hidup dalam zon terlalu selesa.

"Jika anda sebagai cikgu merasakan tugas cikgu itu terlalu membebankan dan cerewet berhentilah jadi cikgu dan teruskan stay at home," tulisnya.


Komen seorang guru yang menggunakan nama @yaayed di Twitter pula, kenyataan tersebut tidak munasabah memandangkan setiap sekolah punyai Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Saya cikgu juga tapi tak adalah sampai macam ni. Sila periksa takut dia cikgu praktikal atau cikgu ganti sebab sekolah ada SOP untuk pasca COVID-19 ni. Mesti dia tak tahu, tak sertai meeting Google Meet di sekolah itu," tulisnya.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Foto: Adil Rafael, Astro Awani, Google, Facebook, Berita Harian