Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Guru Pusat Jagaan Direman Seminggu Kerana Pukul Kanak-Kanak Autisme

Ainun
19/07/2024 10:30 MYT
Seorang guru lelaki di sebuah pusat jagaan kanak-kanak direman selama seminggu selepas didakwa menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, lelaki berusia 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 25 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh bapa kanak-kanak lelaki tersebut semalam.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut ditendang, dipukul, dan ditarik dengan kasar sehingga terjatuh dari kerusi.

"Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan di kediamannya di Ampang," katanya.

#Pukul #Guru #budak Autisme