Viral

Gus Miftah Kembali Aktif Berdakwah, Bagi Ceramah Di Kelab Malam

gempak
Maliah Surip
14/01/2025
04:25 MYT
Sponsor Banner
Gus Miftah Kembali Aktif Berdakwah, Bagi Ceramah Di Kelab Malam
Penceramah bebas Gus Miftah kembali aktif berdakwah selepas terkait kontroversi menghina penjual air teh yang menimbulkan kemarahan sehingga dirinya terpaksa meletak jawatan dari kementerian di Indonesia.
Pemilik nama Miftah Maulana Habiburrahman yang sempat ‘berehat’ kerana isu tersebut dilihat kembali mengisi majlis agama. Aktiviti terkininya dikongsikan oleh Gus Miftah sendiri di Instagram.
Selain bergabung dengan majelis MAOS (Muhasabah On The Street) untuk menyantuni gelandangan, Gus Miftah juga dilihat masuk ke sebuah kelab malam dalam usahanya menyampaikan dakwah.
Dia dilihat menyantuni pengunjung di sebuah kelab malam di Jogjakarta, lapor Insertlive. Untuk rekod ini bukan pertama kali penceramah tersebut berdakwah di kelab malam sebaliknya usaha itu sudah dilakukan sejak lebih 14 tahun lalu.
Pada kesempatan itu, Gus Miftah mengatakan setiap manusia mempunyai kekurangan dan melakukan kesalahan. Namun apa yang penting adalah menjadikan kesalahan sebagai satu pembelajaran.
"Bahawa berbuat kesalahan itu adalah kekurangan manusia, namun belajar dari kesalahan adalah kelebihan dari manusia," tuturnya di hadapan pekerja di kelab malam.
Selain itu Miftah mengucapkan rasa terima kasih kerana telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan dakwah.
"Terima kasih atas semua pembelajaran berharga bagi kita semua," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024